Posts

Adakah orang Melayu akan jadi seperti Ansor ?

Mengikut Sirah, orang Arab Mekah berpindah (ada yang sementara, ada yang kekal) ke Madinah. Di Madinah akhirnya mereka sama-sama muslim. Tetapi bidang ekonomi, politik, dan ketenteraan akhirnya dikuasai oleh orang orang Muhajirin (orang dari Mekah). Hal ini tidaklah menjadi hal atau isu kepada orang Ansor (orang asal Madinah) kerana orang Muhajirin dan Ansor saling berbaur. Keadaan ini hampir serupa dengan apa yang berlaku di Tanah Melayu. Asalnya orang Melayu menguasai Tanah Melayu (dari segi politik dan ketenteraan). Tapi sekarang ini, orang India muslim (atau mamak) mula menguasai politik dan ekonomi muslim di Tanah Melayu (walaupun belum menguasai Malaysia keseluruhannys). Keadaan ini tidak jadi hal atau isu kepada orang Melayu kerana orang Melayu dan Mamak sama-sama muslim, dan antara orang Melayu dan Mamak saling berbaur.